Thursday, 26 July 2012

Aku Dan Hospital

assalammualaikum...

dua hari lepas aku teman Mak Lang (ML) aku g hospital taiping sebab ML aku ada appointment ngan doktor...aku gerak awal pagi dalam pukul 9 pagi cam tu sebab takut ramai orang...

then, sampai kat hospital aku turunkan ML kat depan pintu masuk hospital dan aku pun mula cari parking.... dua round aku tawaf tempat parking kat situ, semua full house...aku pun terus keluar dari perkarangan hospital dan pergi terus kedai jahit yang tak jauh dari hospital..

alhamdulillah...kedai jahit buka..tak sangka pulak aku kedai buka awal pagi sebab selalunya kedai-kedai kat area taiping ni mula operasi jam 10@11 pagi....alhamdulillah...tak payah la aku tunggu sampai kedai tu bukak...hehe

bila habis sume jahit tepi kain-kain aku...aku terus ke SYURGA KAIN hehe...iaitu NAGOYA...tempat aku selalu membeli-belah kain...nasib baik parking ada betulbetul depan kedai Nagoya..tapiiiiii....nagoya tak buka lagi...huahua...kena la tunggu dalam 30 minit cam tu..

memandangkan appointment ML tu amik masa yang lama, ok,aku amik keputusan untuk tunggu dalam kereta sambil baca newspaper..bila buka je pintu nagoya tu aku terus serbu masuk..hehe..aku beli kain lagi untuk buat jubah dan tambahan kain pada sarung sofa cik mah (mak sedara aku)...

then, aku kembali ke hospital jam 11.30 pagi....one again..parking problem....jenuh la aku tawaf banyak kali kat hospital..akhirnya ada gak space aku parking...bawah pokok lagi tu..alhamdulillah...

dengan senang hati aku dapat parking dan aku keluar dari kereta dan terus tutup pintu kereta siap berkunci di dalam...TAP!!..dan dengan bersahaja aku terpandang benda berjuntai di balik stereng....Yess..KUNCI KERETA DALAM KERETA!!!

Cuai...cuai..cuainya aku!!..ok aku nak kol abah dan fon aku lak MATI sebab habis bateri...aku maasuk hospital cari public phone....sekali lagi aku tawaf hospital yang beeeeesaarrr tu cari public phone...

penat cari tak jumpa-jumpa..aku tanya abang india kat kaunter pertanyaan...rupanya benda yang aku cari tu dekat je dengan tempat aku masa tu..(itu ikah bodoh sombong lagi..hihi)

dugaan lagi...public phone ROSAK!!....apa nak buat aku cari ML aku pulak....puas cari baru jumpa..rupanya dia belum selesai lagi appointment dia..aku pinjam fon ML untuk kol abah...

abah suruh try cari kunci kereta proton yang sama.....aku pergi kat parking semula dan alhamdulillah ada sebiji kereta proton india yang sama dengan kereta abah...

tapi.....usaha abang india nak buka pintu kereta aku (eh, salah kereta abah aku)...tak berjaya =(...thanks abang india sebab sudi tolong!

apakan daya abah terpaksa le datang ahntar kunci pendua kereta...(nasib baik abah tak marah bila bagi kunci pendua)...ahhh...LEGA sangat!...alhamdulillah...dah dapt kunci asal da!!happy=)

ok jam kul 1 ptg...ML aku tak habis lagi ke appoiment dia? lama nya?...aku masuk balik dalam hospital..aku tengok ramai orang yang tengah mengunggu giliran termasuk ML..

KESIAN aku tengok...sebab semua dah tua-tua..ML aku yang datang awal pun 4 jam kena tunggu!! lama kan?...ada aku tengok seorang perempuan tua sampai terlena sebab tunggu punya lama...sebak aku!! staff hospital tak perasan ke keadaan ini berlaku??

STAFF hospital  ramai je aku tengok...tapiiii..nape macam lambat je? hope hospital dapat tingkatkan apa yang kurang..OK...sebab nanti aku akan TUA jugak....

lepas semua urusan ML selesai, kami terus balik jam 2 ptg...balik aku terus tido...tapi tido kejap je sebab kul 3.30 kena g niaga da...huaahuaa..

hari yang PENAT bagi aku dalam bulan PUASA ni...THANKS ALLAH sebab bagi ujian kat aku...think positif, mungkin Allah nak tengok aku ni tahan di uji or tak...or ada hikmah lain...or akan tambahnya SAYANG aku kat Allah...

bebuka hari tu aku minum 1 JUG air...hehehe (teror tak aku)

Tempat aku lahir....12 jun 1988


k, bye..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...